Trivia Anugerah Juara Lagu ke-23

  • Faizal Tahir merupakan artis lelaki pertama dan artis kelima selepas Amy Mastura, Siti Nurhaliza, Noraniza Idris dan Jaclyn Victor yang layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu dengan 2 lagu dalam satu kategori. Namun ia sebenarnya merupakan penyertaan 2 buah lagu dalam satu kategori yang sama ke peringkat akhir buat kali kedua untuk Faizal, cuma bezanya tahun lalu beliau diwakili oleh penyanyi gantian (Fiq & Bob) atas masalah penggantungan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
  • Farawahida, Heliza, Aiman adalah antara finalis muda yang pertama kali beraksi dalam kategori Irama Malaysia & Etnik Kreatif.
  • 4 buah band layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 2008 sekali lagi memecah sejarah pembabitan band ke AJL seperti tahun sebelumnya kecuali (1998, 1999, 2000, 2005). Mereka turut terlibat secara langsung dalam penulisan lagu dan lirik.
  • Azlan Abu Hassan merupakan komposer yang paling konsisten dalam sejarah pembabitan beliau dalam sejarah AJL apabila layak ke peringkat akhir AJL buat kali ke-6 berturut-turut sejak tahun 2003. Sebelum itu Azlan pernah bertanding pada tahun 1999 dan 2001.
  • Ziana Zain merupakah artis paling senior beraksi di pentas AJL kali ini untuk kali ke-7 (AJL 1992, 1996, 1997, 1998, 1999, 2002). Ini penyertaan pertama Ziana setelah mencecah usia 40 tahun. Beliau merupakan satu satunya artis yang bertanding dalam format Kategori diperkenalkan 1992 dan terakhir 2008 dan selepas itu sistem ini dihapuskan.
  • Stacy pula merupakan artis paling muda beraksi (18 tahun).
  • Rekaan set pentas untuk AJL 23 adalah lebih kurang sama dengan rekaan set pada AJL 22, tahun lepas